Azka Group Sdn. Bhd. (AGSB) dengan nombor pendaftaran 1257776-V merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil daripada gabungan tiga buah syarikat kontraktor dan pemaju perumahan iaitu J-Co Engineering Work, Haizzy Ehsan Enterprise dan Zaidhamn Resources yang telah bergerak aktif sejak tahun 2012. AGSB telah diperbadankan pada 28 November 2017 dan syarikat ini merupakan sebuah syarikat sendirian berhad.
Syarikat ini diuruskan oleh Nor Shuhada binti Samsudin yang merupakan Pengarah Urusan syarikat ini sekarang. AGSB kini beroperasi di alamat No. G-3B, Bangunan 3 Tingkat Hadapan Padang Astaka, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
Visi Syarikat
Membina dan Menyumbang.
Misi Syarikat
Menjadi pemaju perumahan dan kontraktor binaan yang mampu bersaing di peringkat nasional.
Objektif Syarikat
Menyumbang kepada pembangunan komuniti.
Memberi perkhidmatan hartanah yang berkualiti berlandaskan syariat Islam.
Melaksanakan perniagaan yang dapat meningkatkan kesejahteraan pelanggan.
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
Memberi peluang kepada para pelanggan untuk memiliki rumah kediaman mengikut citarasa dan kemampuan.
Memberi peluang kepada masyarakat untuk memiliki rumah idaman atau aset hartanah mengikut harga mampu milik.