
Proses Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bersama Azka Group Sdn Bhd
Perkara Pertama adalah TANAH
Menurut Seksyen 116 Kanun Tanah Negara, Nama pemilikan di geran tanah mestilah nama sendiri atau nama pasangan.
Kenal pasti kategori tanah. Kategori penggunaan tanah perlulah dinyatakan sebagai “bangunan”. Jika kategorinya bukan “bangunan”, anda patut menukarnya. Bagi tanah dengan kategori “pertanian”, anda boleh memohon daripada majlis daerah untuk menukarkan kategori tersebut kepada “bangunan”.
Keadaan Tanah juga perlu dikenal pasti sama ada tanah tersebut tanah rata, berbukit, tanah rendah dan sebagainya. Jika terdapat masalah, tindakan seperti menambun tanah, membersih & membuat jalan perlu diambil.
Perkara Kedua adalah PROSES PEMBINAAN RUMAH
Pihak kami akan sediakan pelan rumah mengikut citarasa dan spesifikasi pelanggan.
Pelan tersebut akan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah untuk pemeriksaan & kelulusan.
Perkara Ketiga adalah PEMBIAYAAN
Kos pembinaan rumah boleh didapati dari cash, pinjaman Bank atau Agensi.
Untuk kakitangan kerajaan boleh membuat pinjaman daripada agensi LPPSA. Selain kakitangan kerajaan, boleh membuat pinjaman dengan pihak Bank. Proses ini akan melibatkan peguam dan pihak kami akan membantu untuk menguruskan proses pinjaman anda.
Perkara Keempat adalah KERJA KERJA PEMBINAAN
Kerja kerja pembinaan rumah akan dimulakan apabila perkara perkara diatas selesai dan mendapat kebenaran untuk kerja kerja pembinaan. Proses pembinaan bergantung kepada saiz rumah & lain-lain aspek.
Perkara Kelima adalah SERAHAN KUNCI
Sebelum serahan kunci dilakukan tugas pihak kami adalah melakukan checklist untuk memastikan pembinaan mengikut spesifikasi binaan mengikut perjanjian kontrak.
Di AZKAGROUP, kami dapat membantu anda untuk menguruskan semua proses membina rumah seperti diatas sekali gus membantu anda untuk mendapatkan “Teratak Idaman”.