In: Pinjaman Perumahan0

DOKUMEN PENTING BAGI PENIAGA UNTUK PINJAMAN PERUMAHAN

Ramai di kalangan kita yang menyatakan peniaga atau yang bekerja sendiri selalu mempunyai masalah untuk memohon Pinjaman Perumahan. Namun hal ini terjadi kerana mereka tidak melengkapkan dokumen bahkan ada juga yang langsung tidak mengasingkan duit syarikat daripada simpanan sendiri, yakni tidak mempunyai akaun bank perniagaan untuk memaparkan transaksi keluar masuk wang. Pendapat orang ramai inilah yang menyebabkan peniaga atau yang bekerja sendiri malas atau takut untuk membuat pinjaman perumahan.

Anda boleh membuat persediaan satu atau dua tahun lebih awal jika sudah berniat untuk bina rumah. Pastikan akaun syarikat sudah dibuat, segala resit yang berkaitan bisnes simpan dalam fail. Anda juga boleh mendapatkan khidmat juru audit untuk membuat penyata untung rugi.

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan :

Salinan Kad Pengenalan & Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  – Jika Enterprise Borang E dan lampirannya

Penyata akaun bank syarikat (selalunya akaun semasa) dan jika ada mengambil gaji sediakan juga penyata akaun simpanan atau semasa kita. Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.

Berdaftar dengan LHDN dan sudah membuat taksiran cukai pendapatan. Sediakan slip pengesahan penerimaan e-B (ada punca pendapatan perniagaan) bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran jika menggunakan e-filing.

Pastikan rekod CCRIS (Central Credit Reference Information System) dalam keadaan yang baik. CCRIS yang cantik akan mempunyai peratusan kelulusan yang tinggi. Ambil slip CCRIS di Bank Negara.

Jika ada simpanan yang agak munasabah, sertakan sekali sebagai dokumen sokongan. Ini akan meninggikan peluang pinjaman perumahan kita mendapat kelulusan.

Sebelum serahkan dokumen-dokumen tambahan, anda perlu ada salinan berkenaan yang duit/dana tu adalah atas nama anda.

Untuk sebarang pertanyaan bagi proses pinjaman perumahan boleh hubungi kami. Azka Group Sdn Bhd sentiasa komited untuk membantu pelanggan kami untuk mendapatkan “Teratak Idaman”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×