
5 SEBAB UTAMA KENAPA PERLU BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Memiliki rumah sendiri merupakan matlamat hidup jangka panjang bagi sesiapa sahaja. Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang mengikut citarasa sendiri.
Namun begitu dalam pada masa ini, pemilikan rumah menjadi sukar apabila melihat kepada harga rumah yang dijual pada hari ini saban hari melonjak naik.
Maksud memiliki rumah di sini bukan hanya anda boleh membeli dari pihak pemaju tetapi anda mempunyai pilihan lain yang jauh lebih baik contohnya membeli tanah seterusnya membina rumah di atas tanah tersebut. Atau jika anda sudah ada tanah sendiri, jangan tunggu lama untuk membina “Teratak Idaman” anda.
Berikut merupakan kelebihan bina rumah atas tanah sendiri.

Setelah anda membuat keputusan untuk buat rumah atas tanah sendiri, manfaatkan pinjaman perumahan. Sama ada pinjaman bank atau LPPSA, anda berkesempatan untuk memanfaatkan pelbagai kemudahan pinjaman perumahan yang telah disediakan untuk merealisasikan “Teratak Idaman” anda.

Berbanding dengan beli rumah siap, anda boleh tahu harga sebenar kos pembinaan rumah apabila bina rumah atas tanah sendiri. Di sini, anda boleh nilai sendiri perbezaan harga di mana kos pembinaan rumah adalah lebih berbaloi dan menjimatkan.

BEBAS untuk menentukan konsep dan reka bentuk ” Teratak Idaman ” anda mengikut bajet dan citarasa.

Menambah aset kekal di atas tanah sendiri. Rumah yang dibina juga boleh dibuat sewa atau dijual kepada individu lain.

Anda yang menentukan lokasi pembinaan rumah yang akan anda diami. Sama ada dekat dengan mak ayah, atau dekat dengan fasiliti sekitar.
Apabila anda sudah arif mengenai kelebihan bina rumah atas tanah sendiri, sudah tentu anda teringin untuk membina “Teratak Idaman” anda. Kami dari Azka Group Sdn Bhd boleh membantu anda untuk merealisasikannya dari A sampai Z.